muka_seja

Sejarah SMKDU

SMK Damansara Utama ialah sebuah sekolah berasrama harian. Sekolah ini terletak di kawasan Majlis Bandar rayaPetaling Jaya. Sekolah ini terletak di tepi lebuh raya yang sesak tetapi persekitaran dalam sekolah adalah ceria, aman dan tenteram. Para pelajar dan guru-guru serta semua warga sekolah mempunyai sifat cinta akan sekolah.Warga SMK Damansara Utama sentiasa mengamalkan sifat kerja sepasukan dan mengamalkan budaya bersatupadu. Keseimbangan dalam jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah telah berjaya membentuk identiti pelajarSMKDU yang mempunyai rasa kesepunyaan dan perasaan cinta akan sekolah dan seterusnya taat dan setia kepada negara. Sekolah Menegah Kebangsaan Damansara Utama (SMKDU) mulai dibina pada tahun 1987 dan siap pembinaanya pada Disember 1988.Sesi persekolahan pertama dimulakan pada 3 Januari 1989.

Read more...
 

Misi 

melahirkan Modal insan Gemilang dan Holistik berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Visi

SMK Damansara utama menjadi Sekolah Kluster Kecemerlangan yang gemilang.
 

Piagam pelanggan

Kami warga SMKDU dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berikrar dan akan ;

 

i)    Melaksanakan sistem pendidikan yang holistik dan berkualiti

      berteraskan budaya ilmu bagi memenuhi keperluan individu, masyarakat dan negara.

ii)    Menghasikan golongan pelajar yang mengamalkan nilai-nilai positif

      dan ciri-ciri yang selaras dengan falsafah pendidikan guru.

iii)   Memberi bimbingan dan didikan yang sama rata kepada setiap pelajar tanpa mengira

      latar belakang, agama dan keturunan.

iv)   Memberi perkhidmatan yang cekap dan berkualiti melalui sistem untuk pengurusan

      yang profesional dan peka kepada setiap perubahan.

v)   Menyediakan staf terlatih yang berdedikasi, berakaunabiliti, berdisiplin,

      produktif dan inovatif serta mengamalkan budaya masyarakat yang penyayang.

vi)   Mewujudkan iklim sekolah kondusif berteraskan piawaian-piawaian tertentu

      selaras dengan pengalaman budaya masyarakat penyayang

vii)  Mewujudkan kerjasama dan perhubungan yang harmoni anatara sekolah, ibu bapa,

      masyarakat, sektor swasta unrtuk meningkatkan kecermelangan sekolah dalam

      pelbagai bidang.

 

 

 

Last Updated on Wednesday, 27 January 2010 13:09